Selasa, 2 April 2013

Adibayus fc juara SUPSAS III 2013



24 Mac 2013 (ahad) - Politeknik Sultan Azlan Shah(PSAS) telah menganjurkan kejohanan sukan SUPSAS kali ke-3 kategori futsal yang berprestij bagi tahun 2013. Sukan ini adalah salah satu cabang dalam mencari bakat baru untuk persediaan PSAS dalam menyiapkan pasukan futsal bagi mengharungi kejohanan liga futsal IPT. 

Sebanyak 32 pasukan yang bertanding dalam kejohanan yang dijalankan secara liga bagi lapan kumpulan awal, manakala pusingan kedua dijalankan secara kalah mati. Seharian kejohanan ini dilangsungkan, dapat dilihat kemunculan beberapa bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Sebanyak 56 perlawanan yang diharungi, pasukan Adibayus fc telah berjaya mengunguli kejohanan SUPSAS 2013 tersebut. 

Adibayus Team 2013
Dengan menjuarai peringkat kumpulan, pasukan adibayus fc melangkah gagah di peringkat separuh akhir dengan menewaskan pasukan Futsal PSAS (Pacat Kenyang fc), sekaligus menjuarai kejohanan dengan membaham pasukan DET5 pada perlawanan akhir dengan keputusan 8 -2. Tahniah Adibayus fc dan kepada semua pasukan yang bertanding.

borang tempahan jersey

Name:
no.ic:
Email Address:
no.telefon:
alamat:
jalan 1:
jalan 2:
poskod:
bandar:
negeri:
warna: merah
hitam
saiz: S
M
L
XL
jika kuantiti banyak dan berbeza saiz & warna, sila tuliskan:
kaedah pembayaran: cimb
rhb
maybank

Create a web form here